BULAN PENGHAYATAN SAINS KEMASYARAKATAN
SMK BENUT 2014
17 Ogos - 29 September : SMK Benut telah melancarkan Pulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan dengan pelbagai program dan aktiviti kepada pelajar bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Majlis dirasmikan oleh pengetua SMK Benut iaitu En. Mastura Aladdin bin Masro. Pelancaran diceriakan lagi dengan pelbagai aktiviti daripada pelajar SMK Benut diantaranya Senaman Chicken Dance dari pelajar tingkatan 5 aliran Sains Sukan, mendeklamasi sajak dan laungan azan.
Bagi melabuhkan tirai Bulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan, Persatuan Geografi telah menyajikan gimik ringkas sebagai simbolik berakhirnya bulan penghayatan sains kemasyarakatan. dengan ini secara rasminya En. Mastura Aladdin bin Masro telah menutup Bulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan dengan mencurahkankan cuka merah ke dalam replika gunung berapi diikuti oleh beberapa orang pelajar dari tingkatan 3 Ibnu Khaldun. Tidak ketinggalan juga penyampaian hadiah kepada para pelajar yang memenangi pertandingan serta aktiviti yang diadakan sepanjang Bulan Penghayatan Sains Kemasyarakatan seperti pertandingan keceriaan kelas, pertandingan syahiba, pertandingan menulis puisi dan pertandingan membina model petempatan dan gunung berapi. Syabas dan tahniah kepada para pemenang diucapkan.
|
|
YaPEIM di SMK Benut
Khamis 25 Sept 2014: SMK Benut telah dikunjungi oleh seorang pegawai dari YaPEIM bagi memberikan pendedahan kepada para guru, kakitangan dan pelajar tentang matlamat YaPEIM dan faedah bersama YaPEIM.
PENGENALAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 julai 1984 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
KEMUNCAK HARI KOKURIKULUM SMK BENUT
|
|
KEMUNCAK HARI KOKURIKULUM SMK BENUT
BERAKHIR DI KEM PERKHEMAHAN TETUK GOREK, TANJUNG RESANG, MERSING
Pada 11, 12 dan 13 September 2014 SMK Benut telah mengadakan perkhemahan kokurikulum di Kem Perkhemahan Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing sebagai simbolik berakhirnya hari kokorikulum peringkat sekolah. Seramai 71 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah menyertai perkhemahan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang menjayakan program tersebut.






No comments:
Post a Comment