Monday, 8 December 2014

Tugasan 3(b) : Menggunakan Audacity
Rakamkan suara anda mendeklamasi satu sajak. Hanya suara. Simpan suara anda dalam bentuk mp3 atau mp4.
Dapatkan satu muzik latar/intrumen atau nyanyian.
Cantumkan suara anda dengan muzik tersebut. Muzik tersebut perlu dikawal nada/intonasi supaya ia dijadikan latar belakang. Pastikan suara anda jelas.
Simpan kan cantuman muzik dan suara anda di dalam satu file.

Sunday, 30 November 2014

CD Cover Menggunakan GIMP Software

Tugasan 3(a)
Pelajar perlu menyediakan poster / banner / kulit majalah / kulit buku / CD Cover bagi keperluan sekolah anda.
Tema poster bergantung kepada kreativiti pelajar.
Perlu menggunakan perisian editing seperti GIMP atau Adobe.
Tugasan perlu diletakkan di blog masing-masing.



LAPORAN PERTANDINGAN PETANQUE ANGKASA KOPERASI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN 2013

Tarikh                         : 5 Mac 2013
Hari / Masa                 : Selasa / 7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat                       : Gelanggang Petanque, SMK Benut
Butiran aktiviti           :
Seramai 6 orang pelajar SMK Sri Kukup telah terpilih untuk menyertai pertandingan Pertandingan Petanque Angkasa Koperasi Sekolah – Sekolah Daerah Pontian bagi tahun 2013. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bertiga lelaki dan bertiga perempuan. SMK Sri Kukup telah menghantar seramai 6 peserta yang terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Berikut ialah senarai nama peserta yang menyertai pertandingan tersebut:
BERTIGA LELAKI
BIL
NAMA
TING
     1   Mohamad Danial bin Ahmad Zahrudin         5 Permata
     2   Hazwan Amin bin Salim         5 Permata
     3   Mohammad Aidil Shah bin Sajat         5 Permata
BERTIGA PEREMPUAN
BIL
NAMA
TING
    1   Saltika Binti Zainal Abidin          5 Permata
    2   Hafidah binti Suzaliwati          5 Permata
    3   Azizah binti Yakbaram          5 Permata
Sementara guru pengiring ialah:
i) Cik Suriani binti Che Ali
ii) Pn. Nurul Hajar binti Mohamad
Keputusan :
Kategori bertiga perempuan           : NAIB JOHAN
Kategori bertiga lelaki                   : Kalah di peringkat kumpulan
Para pemenang
[Dari kiri: Saltika, Hafidah & Azizah]
Sekitar pertandingan berlangsung
Dilaporkan oleh Cik Suriani binti Che Ali [Guru Pengiring]


Takwin Sekolah 2014





Berita : Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2014


6 November 2014: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
 
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Aktiviti membaca buku selama 34 minit dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Di SMK Benut, pelancaran Kem Membaca 1Malaysia  telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladin Bin Masro di kelas 4 Ibnu Sina.

Walaupun secara rasmi kelas yang terlibat dalam aktiviti ini hanya melibatkan tingkatan 4 Ibnu Sina dan 4 Ibnu Rusyd serta sebahagian guru, namun seluruh warga sekolah turut menyertai secara tidak langsung. Semoga usaha yang murni ini akan memupuk semangat membaca warga SMK Benut. "We Are The Best"

Berita : Hari Pengakap Daerah Pontian 2014


12 November 2014: SMK Benut telah menyertai Hari Pengakap Daerah Pontian yang telah diadakan di SK Rambah, Pontian.

Beberapa acara dipertandingkan sepanjang sambutan berkenaan dijalankan. Alhamdulillah, SMK Benut telah mendapt johan dalam acara kraftangan dan tempat ke-tiga acara ikatan dan simpulan.

Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru penasihat yang telah mengharumkan nama SMK Benut. Tahniah!!. "We Are The Best"